Tuesday, September 14, 2010

Madu 4

Semalam 15hb September, aku gi tengok movie.. ngan group 2 keluarga... tengok citer Madu 4! best la jugak..... penonton tak ramai...kami book seat 1 barisan!!...hehehe..
Mesti la gi ngan best and good fren.kita org kan pasangan kawan yang selalu nak dipisahkan... Sempat la posing untuk kenangan...




- ‎Thank you Allah - Maher Zain _HQ_‎‏.mp4

Friday, September 10, 2010

HARI RAYA AIDIL FITRI - 1

Hari ini Hari Raya Aidil Fitri.. aku beraya di KJ saja.. tak kemana-mana pun. Cuaca mendung dan hujan. semalam(mlm raya)aku masak rendang dengan nasi impit. kueh raya aku main tempah ja kat tok bomoh yang handal tu la... Esok, raya kedua, aku akan bawa bala tentera aku beraya dan jalan-jalan ke OU.. tengok wayang la...

Pagi raya takdak buat apa.. aku tekap manik2 kat baju aku..hehehhe..nk tambah lip lap...biar berkilau mata org tengok...sebab tak ada keje kan... esok nk pakai.. tudung pun aku hentak tekap manik2... tahun ni untuk raya, aku tak beli tudung.. raya pun kat sini ja.. tapi sama ja suasana.. dah lama aku tak merasai suasana raya, lebih2 lagi selepas arwah bapa aku tiada... sedih nya tak dapat ziarah kubur arwah....aku akan balik kampung untuk ziarah kubur arwah nanti...

Eh..eh.. cuba tengok ada kelainan tak dress ni... aku rasa nk pakai masa raya haji lah..

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam...semua...saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri" kepada anda semua..andai kata ada salah dan silap semasa dan yang lepas2.. Mohon dimaafkan...

Thursday, September 2, 2010

KETENTUAN..Menghitung Hari

Kadang kala kita terfikir ketentuan yang telah ditentukan untuk kita lalui di dalam kehidupan harian kita... Ada kalanya juga kita tidak dapat menentukan arah dan masa depan kita dengan melalui liku-liku kehidupan yang telah di tentukan olehNya tapi kita bisa mengubahkan nya... Aku...kadang kala aku sendiri tak sanggup nak melaluinya.saat-saat pahit dan pedih... entahkan dapat aku melaluinya.. Tapi kenapa.. kehidupan yang aku lalui selalunya disulami dengan onak dan duri-duri bisa...?? Tak ada yang dapat melihat dangan pandangan mata namun..hati ini... Tuhan saja yang maha mengetahuinya... Bila kah saat-saat bahagia akan menjelma dalam kehidupan aku??... Di manakah.... Di saat aku ditinggalkan... jauh..terlalu jauh aku ditinggalkan...Hati ku turut sama mengiringi pemergian mu...entah kapan kan tiba masa itu.....